Renungan
00:14Aku selalu termenung sambil duduk tanpa berbuat apa.
Mata aku terkunci pada sesuatu objek, tetapi minda aku tidak merakam sebarang imej.
Disebaliknya, minda aku beroperasi tanpa henti, memikirkan objektif aku dalam kehidupan ini.
Kadang kala, terlintas dalam fikiran aku yang aku ingin melaksanakan sesuatu yang hebat, sesuatu yang akan disanjung tinggi oleh masyarakat.
Namun, aku sedar bahawa aku tidak mampu untuk berbuat demikian.
Aku hanyalah kuman yang penuh kekhilafan dan kekurangan yang tidak berkebolehan.
Jadi, aku kembali ke tempat duduk aku dan sambung aktiviti aku.
Aku termenung sekali lagi, dan aku berfikir, "Adakah ini penyebabnya?"